15 November 2009

Kuantan (14 & 15 November 2009)

"ALAH BISA TEGAL BIASA" itulah cogan kata team kami, walaupun sudah masuk musim tengkujuh, ahli-ahli TAT tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Karang Mas Joko, Kuantan menjadi pilihan kami untuk mencuba nasib. Seramai 13 orang ahli menyertai trip ini iaitu Jeff, Izat, Sani, Abg. Din, Zack, Sam, Syukri, Malek, Munggel, Din, Ikbal & Padil....Jeff, Abg. Din, Zack & Sani telah bergerak lebih awal manakala ahli-ahli yang lain bergerak agak lewat kerana sebab tertentu. Ketua kumpulan telah membuat persiapan lebih awal seperti menyediakan umpan dan kelengkapan memancing yang lain. Umpan-umpan yang kami bawa adalah seperti sotong, udang hidup & ikan kecil. Trip kali ini lebih kepada teknik dasar, trolling & appolo. Sasaran kami adalah Tenggiri.

Pukul 5 pagi, ahli2 TAT menaiki bot dari jeti. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke lokasi. Memandangkan perjalanan masih jauh, ada dikalangan ahli mengambil peluang untuk merehatkan badan, tidur dan ada juga yang sungguh excited, terutama sekali bro yang duduk ditengah sambil tersenyum-senyum seperti kambing bro Syamsul..
Kami tiba di lokasi pada pukul 8 lebih, hampir 45minit selepas itu terlihat banyak kawanan burung sedang 'menghentam' ikan-ikan di dasar laut, sambil itu juga Munggel sedang menyiapkan santapan untuk ikan-ikan dan strike pertama dari Abg. Din (Ikan Pasir).


'Apela yang dibincangkan 2 org bro ni? Sampai tergaru-garu kepala..'

Ini pula strike pertama dari Jeff (Kerapu) & pose maut dari Zack dengan kerapunya..

Setelah beberapa jam kemudian Zack & Abg.Din mendapat hasilnya, walaupun penat tapi "berbaloi-baloiiiiiiii"
Inilah model-model Teling Gajah Abg. Din..

Jam menunjukkan pukul 2 petang, cuaca setakat ini masih baik tapi laut masih bergelora mungkin disebabkan hujan 2 hari lepas..walau bagaimana pun kami berjaya menaikkan beberapa jenis spesis ikan berskala 800gm - 3kg<
" Acara lari dalam guni dimenangi oleh bro Munggel & bro Padil " :P
Hari hampir petang..jelas terbayang keseronokan di wajah 3 orang ahli TAT ini.

Jam menunjukkan 5 petang, tekong Abg. Zul berjaya menaikkan sotong menggabang
anggaran seberat 300gm<
Inilah ikan yu berjaya dinaikkan oleh Jeff

Semua ahli TAT kelihatan begitu letih, ada yang mabuk laut, tidur & ada yang mengaku kalah..Macam-macam gelagatnya..tapi bak kata pepatah 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'





Percaya atau tidak, inilah kebenarannya..Hampir separuh rapala hancur di mamah Tenggiri dan terdapat kesan-kesan gigitannya, tetapi malang, sang Tenggiri berjaya meloloskan diri
Jam menunjukkan hampir pukul 9.30 malam..Akhirnya sampai juga di jeti. Lega rasanya dapat menjejak kaki di daratan. Semalaman dilambung ombak, badan baru terasa sakit-sakit..Kami mengemaskan peralatan memancing & peralatan-peralatan lain, manakala ketua melambakkan hasil tangkapan ikan untuk dibahagikan kepada ahli-ahli untuk dibawa pulang..
Inilah 13 orang pemancing-pemancing tegar..
Pada keseluruhannya trip kali ini adalah kumpau tetapi dengan semangat yang tidak putus asa ahli-ahli tetap meneruskan perjuangan walaupun dengan keadaan laut yang bergelora..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...